Friday, December 28, 2012

1 Untuk Sekarang Dan 1 Untuk Akan Datang

Salam 1 Malaysia

Berjiwa negara gitew...Eeerrrmmm sedap nye bau cempedak goreng, menusuk hati menaikkan mood untuk menaip.

Hah baru sekarang nak cerita perjalanan menyusukan si anak teruna. So far bersyukur sangat dengan rezeki Allah yang bagi aku peluang tok menyusukan zharif. Seriously memang mencabar yea menyusukan anak sambil berkerja.

Sekarang just pakai pam manual jenama unimom. Memang pam nie banyak sangat berjasa sepanjang 8+ bulan menyusukan anak. Pam nie dibawa kesana kemari. Pernah pam dalam kereta yea kalau ade meeting, memang muka slumber la nak mengepam dan bernasib baik sebab opismate faham sesangat even lelaki.

Pakai pam manual nie memang memerlukan excersice jari jemari yea, mula-mula memang lenguh tapi bak kata orang "alah bisa tegar biasa" eh betul ker peribahasa tuh. So far zharif hanya diawal kelahiran sahaja pernah minum fm sebab jaundis. Rasanya ade la dalam 5 kali je kot. Lepas tuh memang keraskan hati nak ber BF even mak ade kata campur senang masa akan datang. Hokey i memang super duper degil yea, keras hati dan tetap nak BF sahaja. Tak tau la mana dapat kekuatan untuk BF.

Selain tu masa kerja jugak banyak berkorban, pernah kene perli yea dengan bos. Bos kate 'you bape kali mau pam yea' makanya aku menjawab 'sory bos anak saya tak mau susu tepung die muntah' jawapan aku yang tidak menjawab persoalan bos...hahaha. Apepun kerja kene setel la even curi masa kerja tok mengepam. Kiranya boleh dikategorikan sebagai ibu yang tegar tok BF anak.

Unimom manual pump

Hurm tak lama lagi dah nak pindah tempat keje baru, environment????? rasenye dah tak boleh buat macam sekarang. So solution!!! New pump which is double pump. Makanya hati sedang berkira-kira apekah pam yang akan dijadikan pilihan. Which is
  Madela Freestyle

or 



Rumble Tuff

Hokey sekarang dalam dilema, madela FS memang jadi idaman setiap ibu yang BF kan anak dan dah lama masuk kat pasaran Malaysia. Harga jangan ditanya sebab pam nie adalah pam paling mahal sekali RM 17++. Tapi pam nie sangat mudah sebab boleh wat keje sambil menghasilkan susu. Which is tak mengganggu kerja di tempat baru nanti serta ringan. 

Rumble Tuff still new kat pasaran Malaysia, feedback dari yang pernah pakai adalah positif. Jenis nie 3 in 1 (Electrik, bateri n manual) semua boleh. Tapi kene pegang corongnya plaks dan ringan jugak. Harga memang mampu milik RM 3++. 

Agaknya kan berbaloi tak beli breast pump yang harganya nak cecah RM 2k. Dalam dilema nie. Please help me!!! Arrrrghh pasal breast pump pun leh jadi tensen...hahaha emosi sangat.

#hanya kerana mu zharif#

0 comments:

 

Noly Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal